!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Kisah Seram

Simpang T,Geogretown

Simpang-T Georgetown Pulau Pinang – lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Oleh disebabkan terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam.Suasana di tempat itu agak sunyi pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.Adakah cerita ini benar??Misteri ini belum terungkai.









Muzium Perang Pulau Pinang

Muzium Perang Pulau Pinang ini terletak di Bukit Batu Maung yang merupakan kubu pertahanan asal pihak British sewaktu Perang Dunia Kedua. Muzium ini turut mengisahkan pelbagai aspek yang berlaku sewaktu Perang Dunia Kedua dan kehidupan penduduk yang terjejas waktu itu.


Ramai yang mungkin tidak sedar Muzium Perang Pulau Pinang di puncak Bukit Batu Maung adalah muzium terbesar di Asia Tenggara yang dibina pada 1930 dan digunakan untuk operasi ketenteraan British pada Oktober 1939.

Mempunyai 3 terowong rahsia yang digunakan oleh tentera British pada ketika itu.Terowong tersebut digunakan untuk melarikan diri ke Singapura ketika Jepun menyerang pada masa itu. Kubu pertahanan British itu jatuh ke tangan tentera Jepun pada 1942 selepas satu pertempuran membabitkan lebih 1,500 anggota tentera British termasuk askar Punjabi, Gurkha dan Melayu itu menyebabkan ramai tentera British mati dan cedera di tangan tentera Jepun.

Tentera Jepun kemudian menjadikan kubu itu tempat tahanan dan penyeksaan selama kira-kira dua tahun setengah sebelum menyerah kalah kepada Tentera Berikat pada 1945, sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.

Selepas lebih 60 tahun diabaikan pada Oktober 2002, bekas kubu pertahanan British itu dijadikan Muzium Perang Pulau Pinang yang menyimpan pelbagai rahsia dan sejarah.


Misteri di Muzium Perang terus wujud hingga sekarang..Pelbagai jenis misteri berlaku ..Jika ingin merasa pengalaman baru..boleh la ke sana dan alami lah sendiri....:)








Pocong di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'azam Shah @ Jambatan Kedua Pulau Pinang


 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'azam Shah dibuka pada 1 Mac 2014.Terdapat banayak kes cubaan bunuh diri.Dikatakan ada orang "Pertama"yang merasmikan Jambatan ini dengan terjun ke laut iaitu Pelajar Jurusan Undang2 yang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara Timbalan Menteri.
Niatnya untuk bunuh diri tidak kesampaian apabila nelayan berjaya menyelamatkannya.

Penampakan pocong yang melompat di atas jambatan ini bukanlah perkara luar biasa..Cerita pasal pocong di jarang didengar.Kemungkinan pocong itu mahu mencuba  jambatan baru atau mencuba betapa kukuhnya jambatan ini...Hahaha...
Misteri ada dimana-mana saja..







Bekas Hospital Bersalin Pulau Pinang


Sebuah bangunan berusia 99 tahun dan pernah digunakan sebagai berek tentera ketika zaman pemerintahan British dan hospital tentera laut ketika zaman pendudukan Jepun.

Bangunan di Nombor 57, Jalan Macalister itu juga pernah menempatkan hospital bersalin yang dikatakan telah menyaksikan kelahiran lebih 60,000 orang bayi, sebelum operasinya dipindahkan ke Jalan Residensi pada tahun 1955.

Bangunan itu digadjetkan sebagai muzium pada 2010 dan merupakan muzium ketiga di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Pulau Pinang, selain di Lebuh Farquhar dan Balai Seni Lukis di Dewan Sri Pinang.

Bangunan lama ini dikatakan menyimpan pelbagai misteri tersembunyi.Nak tahu lebih??Kena la bermalam di Bangunan Hospital ini...





No comments: